Wednesday 23 March 2016

              RESEPI SARAPAN PAGI

ROTI CANAI

BAHAN BAHAN YANG PERLU ADA:

1) 1KG TEPUNG GANDUM (untuk 10 keping roti)

2) 800mL air

3) 1 sudu besar mentega

4) 1 sudu kecil garam

5) 1 biji telur(tak guna pun takpe)

CARA MEMBUAT:

1) Masukkan tepung gandum,air,mentega,garam ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati.

2) Ulikan tepung itu selama 15 minit.

3) Jika mendapati tepung itu lembik sangat,tambahkan tepung gandum sedikit dan ulikan semula.

4) Tinggalkan tepung itu selama 10 minit.

5) Bentukkan tepung itu ke bentuk berbola dan salutkan bebola itu dengan mentega supaya ia tidak      lekat dengan lain.

6) Perapkan bebola itu selama 4-5 jam.

7) Nipiskan bebola roti itu dengan menekan dan mula menebar.

8) Tebarkan sehingga nipis.

9) Panaskan kuali dengan api yang sederhana panas dan letakkan sedikit minyak sebelum masukkan roti.

10) Renjiskan sedikit minyak keatas roti tersebut ketika didalam kuali.

11) Keluarkan roti daripada kuali setelah roti cukup masak dengan kaler bertukar menjadi perang.

12) Siap roti canai yang boleh dihidangakan dengan gulai kegemaran.

Wednesday 16 March 2016

                            0NE PIECE
One piece adalah anime yang sangat popular bukan sahaja dalam kalangan muda tetapi golongan tua juga meminatinya...One piece menceritakan pengorbanan seorang remaja yang bernama Monkey D Luffy yang dibantu oleh kumpulan2 nya untuk menerokai pulau terakhir yang akan digelar One piece...Luffy berasal daripada keluarga pahlawan dan dia mempunyai kuasa badan bergetah...Walaupun dia menghadapi pelbagai cabaran semasa berlayar,dia tetap meneruskan kerana semangat yang terkobar-kobar...kumpulan pelayaran dia ialah Robin, Zoro, Sanji, Chopper,Brooke, Usop dan juga Franky...Dia telah banyak ditolong oleh lanun2 lain supaya dia berjaga mencapai misi nya...Sehingga kini episode One Piece tidak tamat lagi walaupun kini sudah episode 732...Saya harap anda pun menonton animasi ini kerana dapat memberi semangat kepada anda...
MONKEY D LUFFY


NAMI

ROBIN

FRANKY

SANJI

BROOKE

USOP

CHOPPER

ZORO
                   Pengalaman berkerja

Assalamualaikum wbt..pengalaman berkerjaku bermula pada umur 15 tahun setelah tamat peperiksaan PMR...walaupun umur itu muda dan tidak sesuai untuk berkerja,ku tetap mahu bekerja..saya masuk kerja setelah tamat peperiksaan PMR dan menunggu keputusan peperiksaan...saya berkerja dengan bertujuan untuk tidak mensia-siakan cuti tersebut dengan duduk di rumah dan untuk memperoleh duit lebihan...saya telah bekerja di kedai telefon bimbit di kompleks membeli belah...Pada hari pertama masuk kerja,hanya saya yang termuda dalam kedai itu dan tidak mengetahui apa2 tentang telefon bimbit...mereka mengajar saya cara melekat screen protector, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan lain2...walaupun kerja di kedai handphone ini nampak senang,tetapi kerja kedai handphone jugak mempunyai risiko dan terpaksa menerima marahan pelanggan...walaupun dimarahi,bagi saya ia adalah perkerjaan yang gembira...Pelbagai model telefon pintar telah saya jual contohnya Samsung Galaxy Note 4, Iphone 6 , Vivo Xshot,


Wednesday 2 March 2016


Assalamualaikum kepada semua terutamanya rider 2 roda...hari ni nak berbicara tentang sesuatu yang disukai golongan lelaki iaitu motorsikal...apabila bertanyakan kepada mat2 motor sekarang, motor yang mereka sangat kenal dan famous sekarang adalah YAMAHA RXZ 135, YAMAHA 125ZR , YAMAHA 135LC dan tidak dilupai motorsikal legend iaitu HONDA EX5..motor yang sangat rare dan diminati golongan mat2 motor adlah YAMAHA RXZ 135...harga Rxz melambung tinggi setelah kilang YAMAHA telah memberhentikan pengeluaran motorsikal legend itu...
YAMAHA RXZ 135 CATALYZER



YAMAHA 125ZR



Ini adalah dua motor yang sangat diminati mat-mat motor dalam adab ni :D...motor ini 
semua mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat dirasai apabila anda menungganginya sendiri...Pengeluaran Rxz pertama adalah pada tahun 1987 dengan 5 kelajuan(gear) dan dinaik tarafkan dengan 6 kelajuan selepas beberapa tahun keluaran 5 kelajuan...tetapi rxz 5speed jugak tidak dilupakan dan masih digunakan oleh golongan otai...Rxz diminati oleh golongan remaja kerana bentuknya bodynya yang cantik dan bunyi pipe 3BS yang nyaring...Rxz jugak banyak digunakan dalam filem2 tempatan seperti mat moto..,Rxz menjadi pilihan hati orang ramai dan dikatakan LEGEND..RXZ ni jugak dikeluarkan dengan model full fairing ala2 racing yang dinamakan RZR 135 yang diminati oleh otai2 terdahulu dan sering digunakan dalam trek perlumbaan...
YAMAHA RZR 135

RXZ  yang direstore atau lebih dikenali NOS(NEW OLD STOCK) menjadi pilihan hati remaja...apabila mat2 motor melihat anda menunggang rxz full original,mesti mereka terliur melihat motorsikal anda...RXZ yang direstore full original baru (NOS) mencecah rm40K dalam terdapat segelintir remaja akan membelinya kerana minat yang mendalam..

Monday 29 February 2016

                 HONDA RAIDER HX 135

Assalamualaikum wbt...hari ini kita kan berbicang tentang motorsikal retro berCC kecil iaitu HONDA RAIDER..Honda Raider ini dikenali pada 90an yang dikeluarkan oleh kilang Honda..Motorsikal ini dikeluarkan dua model iaitu Honda Raider Hx135 RS dan Honda Raider135 SS..Honda raider Hx135 rs ini adalah motorsikal 5 kelajuan dan Honda Raider Hx135 SS adalah motorsikal 6 kelajuan...Motorsikal ini menjadi saingan dengan Yamaha RXZ 135 pada masa terdahulu... Perbezaan antara dua model ini adalah kelajuan dan reka bentuk luaran...

                            HONDA RAIDER HX 135 RS


Ini adalah model Hx135 RS...perbezaan antara dua model adalah exzos paip,signal,fering hadapan, kelajuan enjin dan bentuk rangka...

   HONDA RAIDER HX135 SUPER SPRINT
Kalau model super sprint ni, signal hadapannya bersambung dengan fairing hadapan...kalau dari sudut enjin,enjin honda raider super sprint lebih power daripada honda raider rs...

   PERBEZAAN ANTARA DUA MODEL INI


Honda Raider ini jugak mempunyai system ATAC atau dikenali Auto-controlled Torque Amplification Chamber...ATAc ini berfungsi sebagai penghalang gas exzos..Sistem ATAC ini akan terbuka secara automatik apabila anda membawa motorsikal ini pada RPM yang tinggi..apabila ia terbuka asap exzos akan keluar melalui liang blok dan selebihnya akan keluar pada exzos...sistem atac ini jugak menambahkan power motorsikal jenis ini dan membolehkan motorsikal ini boleh berjalan jauh...

Friday 26 February 2016

                MOTORSIKAL ANTIK

Assalamualaikum wbt..hari ini ,ari kita berbincang dan sambil mengenali motorsikal retro/antik pada 80an yang banyak diminati otai2 masa terdahulu...motorsikal antik terdiri daripada pelbagai jenama contohnya yang sangat dikenali adalah YAMAHA,HONDA,KAWASAKI dan SUZUKI...Mari kita mulakan dengan motorsikal CC kecil antara 80cc hingga 200cc...Antara model 80cc yang dikeluarkan oleh ialah HONDA MBX 80, KAWASAKI AR80, SUZUKI FR80, SUZUKI RC80, YAMAHA CDI 80...Jika dalam kategori motorsikal 125CC ialah  HONDA MBX 125, KAWASAKI AR125, YAMAHA TZR 125, YAMAHA RD 125 YPVS, SUZUKI RGF 125..Jika dalam kategori 135CC yang sangat dikenali dan selalu menjadi saingan ialah HONDA RAIDER HX 135, YAMAHA RXZ 135 DAN YAMAHA RX-K 135..Sekarang saya ingin menceritakan tentang motorsikal yang saya dan ayah saya mempunyai...Ayah saya seorang rider yang meminati motorsikal Honda Raider ketika beliau bujang.sekarang...Antara motorsikal yang kami mempunyai sekarang adalah HONDA RAIDER HX135RS,HONDA RAIDER HX135 SUPERSPRINT, YAMAHA RXS 115 , HONDA NSR 150 RR, HONDA CB 100, YAMAHA SPORT dan SUZUKI TRS..Berikut adalah contoh motorsikal yang kami miliki.
HONDA NSR 150
..
HONDA RAIDER HX 135 SUPER SPRINT
HONDA CB 100
HONDA RAIDER HX 135 RS


YAMAHA RXS 115
YAMAHA SPORT 100
SUZUKI TRS 125